Sunday 31 October 2010

Penghijrahan

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100

Kini bermulalah kehidupan baru ibu ayah di bumi temerloh..kehidupan lebih mudah di sini, rumah atuk dan nenek umi yg tidak dihuni mnjadi tempat kita berteduh..

rezeki brtambah dgn kehadiran Abg Naim..ibu diterima mengajar kafa di sekolah berdekatan..sekali lagi,kesyukuran dipanjatkan..dptlah ibu mmbantu serba sedikit ayah yg berniaga keropok,mee kari dan air di gerai tok nah..di samping itu,ayah juga membanting tulang mengusahakan tanah dgn menanam sayur dan tebu..Tapi,mungkin kerana ayah tak biasa, ayah selalu sakit2 badan..kesian ayah wahai anak2ku..

Hampir setahun,Allah kurniakan lagi rezeki buat kita sekeluarga..ayah diterima menyertai kursus anjuran PKNS yg mmbantu graduan untuk berniaga..ibu dan ayah sgt gembira..namun ia menuntut pengorbanan utk berjauhan dgn ayah..tatkala itu,ibu pula baru mengandungkan cahayamata mutiara hati kami yg kedua..tapi,ibu redha dan memberi smgt utk ayah menyertai kursus itu di bangi..

Bermulalah detik berjauhan antara ayah dan ibu serta abg Naim..ibu tinggal bersama nenek ma pula kini..alhamdulillah,ibu tiada alahan teruk spnjg mengandungkan azim..mungkin Allah nk meringankan beban ibu yg brjauhan dgn ayah..setiap hujung minggu jika ayah tak berkesempatan utk pulang, ibu dan abg naim dgn perut yg smakin membesar akan menaiki bas ke kl utk bertemu ayah..abg naim pula ketika itu sdg mmbesar dn sentiasa brtanyakan ttg ayah..
mujur ayah menyewa rmh berdua saja,jadi bolehlah kita bermalam di sana..
kehidupan kita berterusan begitu hinggalah ayah habis kursus..wlaupun pahit berjauhan,penat membesarkan abg naim sndirian dismping mnjaga kandungan,ibu ttp bersyukur pada Allah atas kurniaan rezeki dr Allah dan dipermudahkan segalanya..
Ibu ingat lagi pesan ayah pd ibu,"sbrlah,pengorbanan ini hny utk 6bln yg akan menentukan kehidupan kita 6thn lg.."
Akhirnya tibalah saat ibu melahirkan azim..mmg aturan Allah itu yg terbaik kerana Azim dilahirkan betul2 pada hari ayah tamat kursus..Allah juga makbulkan doa ibu yg mnghrpkan ayah dpt menemani ibu wktu ibu melahirkan azim sepertimana ketika ibu melahirkan abg Naim dulu..smpai saat ibu mahu dibawa ke blk bersalin lebih krg jam 12mlm,ayah smpai dr bangi..
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dan ibu xperlu menahan sakit yg lama ketika melahirkan azim dan sempat pula ditemani ayah disisi..Alhamdulillah Ya Allah..
Maka lahirlah cahayamata mutiara hati ibu dan ayah yg ke2,yg juga lelaki..WAN AHMAD AZIM..

No comments:

Post a Comment