Tuesday 15 March 2011

Ujian dari Allah..

Anak2 ibu yg ibu kasihi,

setelah sebulan berpuasa, kita sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek umi, atuk, nenek ma dan semua kaum keluarga..seronok betul abg naim dan azim bermain dgn sepupu2 dan mengumpul duit raya,bahagia sungguh ibu melihat kalian..teringat pula zaman ibu kanak2 dulu..
Walaupun ibu sihat dan bersemangat berhari raya bersama2 tapi 2-3 minggu kebelakangan ini, tekanan darah ibu naik sedikit..tapi tidak lah pada tahap yg membimbangkan..namun ibu tetap perlu ke klinik hampir setiap hari untuk memantau tekanan darah ibu..menurut doktor, darah tinggi biasa dihadapi oleh ibu2 mengandung..

Pada pagi hari raya yang kelima iaitu pada 15.9.2010, ibu ke klinik paya pulai menjalani pemeriksaan tekanan darah..seperti biasa tekanan darah ibu agk tinggi tetapi tidaklah pada tahap membimbangkan..jika tidak, sudah tentulah jururawat di klinik tersebut telah menyuruh ibu ke hospital dgn segera..abg naim dan azim turut menemani ibu ke klinik pagi itu..puaslah ayah menjaga dan melayan karenah kalian sementara ibu diperiksa.

Pada waktu petang hari tersebut, ibu rasa xsedap perut..2-3 kali juga ibu ke tandas..tapi ibu rasakan ada sedikit kelainan, mungkin ini tanda2 bersalin..maklum la mengikut due yg diberi doktor tarikh jangkaan ibu akan bersalinkan adik mu ini ialah 2 minggu lagi..kemungkinan juga ibu akan bersalin awal..teringat kembali saat sakit ketika hendak bersalinkan azim..ibu buang air dan ke tandas beberapa kali sblm rasa sakit bersalin dtg..lantas ibu pun segera memberitahu ayah tentang ketidakselesaan yg ibu rasai itu..

Oleh kerana waktu maghrib sudah panjang, ibu berwuduk dan menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Sengaja ibu bergelap di dalam bilik dgn samar2 cahaya dari dpur kerana bimbang anak2 ibu mengganggu solat ibu nanti.. Selesai ibu memberi salam, tiba2 ibu rasakan kesakitan yg amat sgt di bahagian perut yg mengeras. Serentak dgn itu, ada air yg keluar seakan air ketuban.. Ibu segera memanggil mak ngah yg kebetulan tidak turut serta mengikut nenek umi dan atuk sekeluarga ke kelantan..Tatkala mak ngah datang dan membuka lampu, barulah ibu sedar rupa2nya air yg ibu sangkakan air ketuban tersebut adalah darah..
 Ya Allah, jantung ibu berdegup kencang.. ibu dapat rasakan ada sesuatu yg buruk akan berlaku pada adikmu..
Seisi rumah cemas..Abg Naim sendiri pun melihat darah yg banyak melimpahi sejadah..dengan segera, ayah membawa ibu ke kereta dan menghantar ibu ke hospital temerloh meninggalkan abg naim yg terpinga-pinga dan azim yg langsung xmengerti apa2 dgn mak ngah.. Sepanjang perjalanan ke hospital ayah menggenggam erat tgn ibu dan menenangkan ibu bila ibu kata ada sesuatu yg buruk berlaku pada adikmu dlm kandungan ini..Hanya Allah yg tahu betapa gusarnya hati ibu ketika itu...

Friday 11 March 2011

Berita yang mengejutkan..

Anak-anakku yg trsayang,

Baru 6bln usia Azim, ibu mula rasa xsht dan xsedap bdn..tapi ibu sangkakan kerana keletihan menjaga hero2 ibu..namun setelah berlarutan sehingga 2-3bln, ibu tahu bahawa anak-anak ibu akan punyai adik lagi..tatkala itu, ibu tak dpt nk menggambarkan perasaan ibu..sedih,risau,takut bercampur baur..ibu rasa sangat kasihankan azim yg masih kecil..kasihan jgk pd abg naim yg akan kurang lah perhatian ibu padanya nanti..namun ibu kuatkan semangat dan berserah pada Allah kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita...

Walaupun pada mulanya ibu risau dan berat hati menerima hakikat yg anak ibu akan bertambah, namun setelah menjalani check up dan scan, hati ibu berbunga riang..gembira dan bahagia melihat adikmu dalam kandungan ibu..membesar dgn sihat dan sempurna..Abg Naim pun tentu ingat setiap kali mengikut ibu ke klinik kn? Abg Naim pun selalu melihat gambar scan adik..ibu ingat lagi bila abg naim ckp "Dalam perut ibu ni gelaplah.." Pada mulanya ibu dan ayah sangat mengharap agar adik yg bakal dilahirkan nanti perempuan..
namun, bila doktor mengesahkan adikmu ini juga nanti lelaki,ibu tersenyum..xmengapalah..moga putera2 ibu nanti boleh menjaga ibu bila ibu sudah tua dan mendoakan ibu bila ibu telah tiada..
Hari silih berganti, Alhamdulillah walaupun ibu sangat letih menjaga kalian dengan perut ibu yg sarat, ibu masih boleh bekerja seperti biasa kerana ibu tiada alahan langsung sepanjang mengandungkan adikmu ini..sesungguhnya Allah itu Maha Adil..
Anak-anakku,sesekali ibu menangis keletihan melayani karenah anak-anak..abg naim yg selalu tak mahu mengalah dan sentiasa inginkan perhatian..azim yg sering menangis..ayah bukannya tidak menolong..malah ayahlah yg selalu menjaga kalian dan membuat susu tatkala ibu tertidur keletihan walaupun ayah sering pulang lewat malam berniaga..
Walabagaimanapun,ibu bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk berpuasa penuh dibulan Ramadhan tatkala usia kandungan mencecah 8bulan..dengan ditemani adikmu didalam kandungan, semangat ibu jadi kuat untuk terus berpuasa..ibu ingat lagi hampir setiap petang ketika hampir waktu berbuka puasa adikmu akan menendang2 dan bergerak lasak tanda kelaparan..dan ibu akan mengusap-usap lembut perut ibu dan memujuk adik supaya bersabar..bahagia sungguh saat itu..rupa-rupanya walaupun sudah melalui 2 kali pengalaman mengandung, saat mengandungkan setiap anak itu berbeza dan punyai keistimewaannya tersendiri..
Walau apapun, doa ibu tetap sama untuk semua nak-anak ibu..moga anak-anak ibu menjadi anak yg soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara..