Wednesday 22 December 2010

Thursday 25 November 2010

Rezeki yang berterusan

Mutiara hati ibu..

Alhamdulillah,Allah berterusan mmberi rezeki buat keluarga kita.. Ayah membuka kedai bersama kawan di Mydin Mall..hujung tahun 2009, ibu mencuba nasib memohon mengajar di sekolah kafa integrasi di subang jaya..
Allah Maha Pemurah..ibu diterima mengajar di sekolah tersebut dan kita akhirnya berpindah mengikut ayah ke subang Jaya..Berakhirlah episod berjauhan dgn ayah..kita akhirnya dapat tinggal sebumbung semula..
Bermula lah kehidupan kita di kotaraya..walaupun menyewa rumah pangsapuri yg jauh lebih kecil dr rumah2 yg pernah kita tinggal sblum ini tapi, kita bahagia dan gembira..rumah kita sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang perhiasan atau perabot yg byk semuanya kerana ank2 ibu yg tgh lasak dn sll ingin mncuba mcm2 perkara..
bayangkanlah laptop ayah pun rosak dipijak abg Naim..Vcd pun trpaksa bertukar yg baru memandangkan abg naim selalu sgt tgk vcd dan pandai memasangnya sendiri..inikan pula kalau ada pasu bunga dan perhiasan2, rasanya mesti xtahan lama..Tak mengapalah ank2 ku, biarlah kita hidup serba sederhana asalkan kita semua bahagia...
Walaupun ibu hanya mengajar di sebelah petang, tapi hati ibu tetap sedih dan sayu tatkala meninggalkan azim dan abg Naim di bawah jagaan ibu Ati..pengasuh kalian..apakan daya, ibu kuatkan semangat meninggalkan kalian yg seringkali menangis tiap kali ditinggalkan..Alhamdulillah,lama kelamaan anak2 ibu seakan faham dan akur bahawa ibu perlu bekerja..

Sunday 31 October 2010

Penghijrahan

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100

Kini bermulalah kehidupan baru ibu ayah di bumi temerloh..kehidupan lebih mudah di sini, rumah atuk dan nenek umi yg tidak dihuni mnjadi tempat kita berteduh..

rezeki brtambah dgn kehadiran Abg Naim..ibu diterima mengajar kafa di sekolah berdekatan..sekali lagi,kesyukuran dipanjatkan..dptlah ibu mmbantu serba sedikit ayah yg berniaga keropok,mee kari dan air di gerai tok nah..di samping itu,ayah juga membanting tulang mengusahakan tanah dgn menanam sayur dan tebu..Tapi,mungkin kerana ayah tak biasa, ayah selalu sakit2 badan..kesian ayah wahai anak2ku..

Hampir setahun,Allah kurniakan lagi rezeki buat kita sekeluarga..ayah diterima menyertai kursus anjuran PKNS yg mmbantu graduan untuk berniaga..ibu dan ayah sgt gembira..namun ia menuntut pengorbanan utk berjauhan dgn ayah..tatkala itu,ibu pula baru mengandungkan cahayamata mutiara hati kami yg kedua..tapi,ibu redha dan memberi smgt utk ayah menyertai kursus itu di bangi..

Bermulalah detik berjauhan antara ayah dan ibu serta abg Naim..ibu tinggal bersama nenek ma pula kini..alhamdulillah,ibu tiada alahan teruk spnjg mengandungkan azim..mungkin Allah nk meringankan beban ibu yg brjauhan dgn ayah..setiap hujung minggu jika ayah tak berkesempatan utk pulang, ibu dan abg naim dgn perut yg smakin membesar akan menaiki bas ke kl utk bertemu ayah..abg naim pula ketika itu sdg mmbesar dn sentiasa brtanyakan ttg ayah..
mujur ayah menyewa rmh berdua saja,jadi bolehlah kita bermalam di sana..
kehidupan kita berterusan begitu hinggalah ayah habis kursus..wlaupun pahit berjauhan,penat membesarkan abg naim sndirian dismping mnjaga kandungan,ibu ttp bersyukur pada Allah atas kurniaan rezeki dr Allah dan dipermudahkan segalanya..
Ibu ingat lagi pesan ayah pd ibu,"sbrlah,pengorbanan ini hny utk 6bln yg akan menentukan kehidupan kita 6thn lg.."
Akhirnya tibalah saat ibu melahirkan azim..mmg aturan Allah itu yg terbaik kerana Azim dilahirkan betul2 pada hari ayah tamat kursus..Allah juga makbulkan doa ibu yg mnghrpkan ayah dpt menemani ibu wktu ibu melahirkan azim sepertimana ketika ibu melahirkan abg Naim dulu..smpai saat ibu mahu dibawa ke blk bersalin lebih krg jam 12mlm,ayah smpai dr bangi..
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dan ibu xperlu menahan sakit yg lama ketika melahirkan azim dan sempat pula ditemani ayah disisi..Alhamdulillah Ya Allah..
Maka lahirlah cahayamata mutiara hati ibu dan ayah yg ke2,yg juga lelaki..WAN AHMAD AZIM..

Thursday 28 October 2010

Rezeki Dari Allah

Anak-anak ibu,
Berbalik kpd cerita ibu, dengan ayah dan ibu yg sudah tidak punya pndapatan, kami hanya mampu berdoa dan bertawakal pada Allah agr mengurniakan kami jalan utk mncari rezeki..Alhamdulillah, ayah di beri kekuatan dan kesungguhan utk menjaja nasi lemak di tepi jln..melihat kesungguhan ayah belajar membuat nasi lemak dan menebalkan muka memulakan  perniagaan di tepi jln,membuatkn hati ibu tersentuh..
Ayah terpaksa bgn awal pg membuat persediaan utk berniaga demi mncari rezeki yg halal...

ayah sanggup meninggalkan kerusinya yg empuk, pejabat yg berhawa dingin..kini ayah berpanas berhujan di tepi jln..menitis air mata ibu melihat pengorbanan ayah..waktu itu, ibu terlalu sensitif pd bau-bauan tumis, jadi ibu xmampu utk mmbantu ayah.ibu cukup kesal..kesian ayah..

Rasulullah bertanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) " 

Terima kasih yg tidak terhingga atas pengorbanan ayah mencari rezki dan mnjaga ibu yg sdg hamil ketika itu..

Kami percaya pada rezeki Allah..Allah sentiasa akan membantu hamba2 Nya..
Syukur pada Allah nasi lemak ayah mendapat sambutan..Allah mencukupi rezeki kami waktu itu..walaupun tidak senang, tapi Alhamdulillah dgn duit itulah ayah membiayai semua prbelanjaan..mungkin berkat keikhlasan dan kesungguhan ayah semuanya cukup seadanya....

Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

akhirnya pada tanggal 08 sept 2007, setelah ibu bertarung nyawa melahirkan,setelah seharian menahan kesakitan, lahirlah mutiara hati ibu ayah yang sulung..di beri nama WAN AHMAD NAIM..Allah kurniakan bayi yg comel dan sihat sehari selepas ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yg ke4..Terima kasih Ya Allah..



Rezeki kita semakin bertambah dgn kehadiran abg Naim..keluarga kita bertambah ceria..
Baru 4bln ibu kembali bekerja, ayah mengambil keputusan utk pulang ke Temerloh dan mencari rezeki di sana..ibu menyokong apa saja usaha ayah asalkan ianya baik utk keluarga..bermulalah kehidupan baru ibu dan ayah di Temerloh dgn kehadiran seorg cahayamata..

Wednesday 27 October 2010

Dimulakan dengan Bismillah..

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang..Blog ini tercipta khusus utk anak2 ku yg tercinta..buat tatapan ank2 ku luahan dan kenangan membesarkan kalian..

Melihat anak2 ibu membesar di depan mata adalah perkara yg paling membahagiakan..walau letih dan penat, ibu sntiasa mengukir senyum bila melihat karenah dan telatah ank2 ibu.. Sungguh bahagia bergelar seorang IBU..
Sengaja ibu imbas kembali kenangan lampau buat tatapan ank2 ibu..dulu,ibu pernah mengimpikan seorang suami yg boleh mnjadi ayah yg baik buat ank2 ibu seperti arwah tokbak dan kembar ibu, anjang min..
Alhamdulillah ank2ku, Allah makbulkan permintaan ibu..ayah ternyata seorang insan yg sgt baik dan penyayang..berdoalah moga Allah mengurniakan ganjaran buat ayah yg sgt sabar dan ikhlas menjaga keluarga kita..Moga keluarga kita bahagia selamanya..

Anak-anakku,
Saat mula2 perkahwinan,dlm usia yg muda pelbagai halangan dan rintangan yg ibu dan ayah lalui..terima kasih yg tk terhingga buat atuk, nenek umi dan nenek ma yg byk mmbantu...hanya Allah yg layak membalas jasa2 kalian..
Ibu ingat lg,mula2 ayah dan ibu berpindah ke kl,tanpa sebarang pekerjaan..berbekalkan sehelai toto,periuk letrik,tv dan kelengkapan diri, kami bertolak ke kl utk ibu menghadiri temuduga..tempat yg sgt asing buat ibu dan ayah..berpusing2 mencari tempat yg ingin kami tujui..Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan buat kami..Ibu diterima bekerja sbg guru di sebuah tadika..Setelah pelbagai pekerjaan yg ayah ceburi akhirnya ayah dpt juga pekerjaan tetap sbg akauntan di sebuah syarikat swasta...

Anak-anakku yg tersayang...
Untuk pengetahuan kalian, Bukan senang utk ibu mndapat gelaran ibu...2 tahun perkahwinan, ibu keguguran..perasaan kecewa yg amat sgt tidak dpt ibu gmbrkan..adanya ayah disisi yg byk memberi sokongan dan dorongan membuatkan ibu lebih kuat..sedih dan sayu bercampur baur tatkala melihat org lain mendukung anak,tatkala mendengar berita adanya rakan atau saudara yg berbadan dua..cemburu,kecewa..Tapi ayah selalu ingatkan ibu ttg takdir dan aturan Allah..Tapi,yg seronoknya..kami boleh berbulan madu lebih lama...

Tahun ke4 perkahwinan,ibu dan ayah sgt gembira dan bersyukur kerana ibu telahpun mengandungkan abang Naim..Alhamdulillah Ya Allah..akhirnya penantian ibu dan ayah berakhir juga..saat mengandung adalah saat yg sgt indah..namun ayah dan ibu di uji lg.. ayah meletakkan jawatan sbg akauntan wktu ibu di awal kehamilan..selain kerana konflik dalaman syarikat itu, ayah mengambil keputusan utk berhenti juga kerana byk unsur2 diragukan dr pndapatan syarikat..mulanya ibu kurang bersetuju juga,tp ibu akur akhirnya bila ayah kata ayah xnk bg anak isteri ayah makan dgn duit kotor..waktu itu juga,ibu dinasihatkan doktor utk tdk membuat kerja2 berat kerana bimbang keguguran berulang lg..lalu ibu mengambil keputusan utk bercuti tanpa gaji selama 1thn..Ibu terlalu risaukan kandungan waktu itu dan sgt2 mgharapkan cahayamata MUTIARA HATI...