Wednesday 27 October 2010

Dimulakan dengan Bismillah..

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang..Blog ini tercipta khusus utk anak2 ku yg tercinta..buat tatapan ank2 ku luahan dan kenangan membesarkan kalian..

Melihat anak2 ibu membesar di depan mata adalah perkara yg paling membahagiakan..walau letih dan penat, ibu sntiasa mengukir senyum bila melihat karenah dan telatah ank2 ibu.. Sungguh bahagia bergelar seorang IBU..
Sengaja ibu imbas kembali kenangan lampau buat tatapan ank2 ibu..dulu,ibu pernah mengimpikan seorang suami yg boleh mnjadi ayah yg baik buat ank2 ibu seperti arwah tokbak dan kembar ibu, anjang min..
Alhamdulillah ank2ku, Allah makbulkan permintaan ibu..ayah ternyata seorang insan yg sgt baik dan penyayang..berdoalah moga Allah mengurniakan ganjaran buat ayah yg sgt sabar dan ikhlas menjaga keluarga kita..Moga keluarga kita bahagia selamanya..

Anak-anakku,
Saat mula2 perkahwinan,dlm usia yg muda pelbagai halangan dan rintangan yg ibu dan ayah lalui..terima kasih yg tk terhingga buat atuk, nenek umi dan nenek ma yg byk mmbantu...hanya Allah yg layak membalas jasa2 kalian..
Ibu ingat lg,mula2 ayah dan ibu berpindah ke kl,tanpa sebarang pekerjaan..berbekalkan sehelai toto,periuk letrik,tv dan kelengkapan diri, kami bertolak ke kl utk ibu menghadiri temuduga..tempat yg sgt asing buat ibu dan ayah..berpusing2 mencari tempat yg ingin kami tujui..Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan buat kami..Ibu diterima bekerja sbg guru di sebuah tadika..Setelah pelbagai pekerjaan yg ayah ceburi akhirnya ayah dpt juga pekerjaan tetap sbg akauntan di sebuah syarikat swasta...

Anak-anakku yg tersayang...
Untuk pengetahuan kalian, Bukan senang utk ibu mndapat gelaran ibu...2 tahun perkahwinan, ibu keguguran..perasaan kecewa yg amat sgt tidak dpt ibu gmbrkan..adanya ayah disisi yg byk memberi sokongan dan dorongan membuatkan ibu lebih kuat..sedih dan sayu bercampur baur tatkala melihat org lain mendukung anak,tatkala mendengar berita adanya rakan atau saudara yg berbadan dua..cemburu,kecewa..Tapi ayah selalu ingatkan ibu ttg takdir dan aturan Allah..Tapi,yg seronoknya..kami boleh berbulan madu lebih lama...

Tahun ke4 perkahwinan,ibu dan ayah sgt gembira dan bersyukur kerana ibu telahpun mengandungkan abang Naim..Alhamdulillah Ya Allah..akhirnya penantian ibu dan ayah berakhir juga..saat mengandung adalah saat yg sgt indah..namun ayah dan ibu di uji lg.. ayah meletakkan jawatan sbg akauntan wktu ibu di awal kehamilan..selain kerana konflik dalaman syarikat itu, ayah mengambil keputusan utk berhenti juga kerana byk unsur2 diragukan dr pndapatan syarikat..mulanya ibu kurang bersetuju juga,tp ibu akur akhirnya bila ayah kata ayah xnk bg anak isteri ayah makan dgn duit kotor..waktu itu juga,ibu dinasihatkan doktor utk tdk membuat kerja2 berat kerana bimbang keguguran berulang lg..lalu ibu mengambil keputusan utk bercuti tanpa gaji selama 1thn..Ibu terlalu risaukan kandungan waktu itu dan sgt2 mgharapkan cahayamata MUTIARA HATI...

No comments:

Post a Comment