Tuesday 15 March 2011

Ujian dari Allah..

Anak2 ibu yg ibu kasihi,

setelah sebulan berpuasa, kita sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek umi, atuk, nenek ma dan semua kaum keluarga..seronok betul abg naim dan azim bermain dgn sepupu2 dan mengumpul duit raya,bahagia sungguh ibu melihat kalian..teringat pula zaman ibu kanak2 dulu..
Walaupun ibu sihat dan bersemangat berhari raya bersama2 tapi 2-3 minggu kebelakangan ini, tekanan darah ibu naik sedikit..tapi tidak lah pada tahap yg membimbangkan..namun ibu tetap perlu ke klinik hampir setiap hari untuk memantau tekanan darah ibu..menurut doktor, darah tinggi biasa dihadapi oleh ibu2 mengandung..

Pada pagi hari raya yang kelima iaitu pada 15.9.2010, ibu ke klinik paya pulai menjalani pemeriksaan tekanan darah..seperti biasa tekanan darah ibu agk tinggi tetapi tidaklah pada tahap membimbangkan..jika tidak, sudah tentulah jururawat di klinik tersebut telah menyuruh ibu ke hospital dgn segera..abg naim dan azim turut menemani ibu ke klinik pagi itu..puaslah ayah menjaga dan melayan karenah kalian sementara ibu diperiksa.

Pada waktu petang hari tersebut, ibu rasa xsedap perut..2-3 kali juga ibu ke tandas..tapi ibu rasakan ada sedikit kelainan, mungkin ini tanda2 bersalin..maklum la mengikut due yg diberi doktor tarikh jangkaan ibu akan bersalinkan adik mu ini ialah 2 minggu lagi..kemungkinan juga ibu akan bersalin awal..teringat kembali saat sakit ketika hendak bersalinkan azim..ibu buang air dan ke tandas beberapa kali sblm rasa sakit bersalin dtg..lantas ibu pun segera memberitahu ayah tentang ketidakselesaan yg ibu rasai itu..

Oleh kerana waktu maghrib sudah panjang, ibu berwuduk dan menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Sengaja ibu bergelap di dalam bilik dgn samar2 cahaya dari dpur kerana bimbang anak2 ibu mengganggu solat ibu nanti.. Selesai ibu memberi salam, tiba2 ibu rasakan kesakitan yg amat sgt di bahagian perut yg mengeras. Serentak dgn itu, ada air yg keluar seakan air ketuban.. Ibu segera memanggil mak ngah yg kebetulan tidak turut serta mengikut nenek umi dan atuk sekeluarga ke kelantan..Tatkala mak ngah datang dan membuka lampu, barulah ibu sedar rupa2nya air yg ibu sangkakan air ketuban tersebut adalah darah..
 Ya Allah, jantung ibu berdegup kencang.. ibu dapat rasakan ada sesuatu yg buruk akan berlaku pada adikmu..
Seisi rumah cemas..Abg Naim sendiri pun melihat darah yg banyak melimpahi sejadah..dengan segera, ayah membawa ibu ke kereta dan menghantar ibu ke hospital temerloh meninggalkan abg naim yg terpinga-pinga dan azim yg langsung xmengerti apa2 dgn mak ngah.. Sepanjang perjalanan ke hospital ayah menggenggam erat tgn ibu dan menenangkan ibu bila ibu kata ada sesuatu yg buruk berlaku pada adikmu dlm kandungan ini..Hanya Allah yg tahu betapa gusarnya hati ibu ketika itu...

No comments:

Post a Comment