Wednesday 27 June 2012

PEMERGIAN..

Anak-anakku..
 dah lama betul ibu xmenjenguk blog ini..maklum la kehidupan seharian yg sgt2 sibuk membuatkan ibu tidak punya masa utk menyambung cerita ibu..
Berbalik kepada waktu ibu tumpah darah dulu..
 sesampainya ibu di hospital,sekali lagi darah keluar dgn byknya..semua nurse dibilik bersalin panik..ibu diusung ke katil..tatkala doktor memeriksa jantung bayi dalam kndungan ibu,ternyata ia sgt2 lemah..
ibu sempat berdoa dihadapan semoga Allah selamatkan adik kalian bilamana doktor mengatakan "kita selamatkan ibu dulu.sebab denyut jantung bayi dah terlalu lemah..."akhirnya ibu di tolak ke bilik bedah memandangkan ibu sudah terlalu lemah..

Anak-anak ibu..
Bila ibu sedar dari pembedahan,perkara pertama yg ibu buat ialah menoleh ke katil bayi yg diletakkan disebelah setiap katil ibu yg bersalin..KOSONG..oh tuhan..kuatkan hatiku...
ibu tahu anak2 ku..adikmu tidak dpt diselamatkan..
Waktu itu,seakan2 masih terasa tendangan manja anak ibu di dalam prut..rupa2nya Allah hanya meminjamkan dia utk seketika..hidupnya hanya di alam rahim..sempat menemani ibu berpuasa penuh di bulan ramadhan...

Waktu itu dunia ibu gelap seketika..tapi ibu kuatkan hati dan cuba redha dengan ketentuannya..Allah tahu apa yang terbaik utk hambanya..

Cuma yang ibu sgt2 terkilan ialah ibu tak dapat menatap apatah lagi mendakap adik mu walaupun sekejap kerana ibu masih tidak sedarkan diri ketika adikmu diserahkan pada ayah..

Ibu ketika itu pucat lesi.. HB darah cuma tinggal 5.8,dan di masukkankn sehingga 6beg darah baru..
Sempat ibu berbisik pada ayah, sbelum dikebumikan,ambil lah gambar adikmu itu untuk tatapan ibu..

Walaupun ibu sgt2 sedih,tapi dalam hati ibu redha..Pemergian adikmu yang diberi nama oleh ayah WAN AHMAD MUSTAKIM adalah kehendak dan takdir Allah..
Dia telah dipilih oleh Allah untuk menjadi  penghuni syurga..Insyaallah..
Doa ibu, moga pemergiannya dapat memberi sedikit syafaat buat ibu dan ayah di akhirat kelak..
AMIN..