Thursday 25 November 2010

Rezeki yang berterusan

Mutiara hati ibu..

Alhamdulillah,Allah berterusan mmberi rezeki buat keluarga kita.. Ayah membuka kedai bersama kawan di Mydin Mall..hujung tahun 2009, ibu mencuba nasib memohon mengajar di sekolah kafa integrasi di subang jaya..
Allah Maha Pemurah..ibu diterima mengajar di sekolah tersebut dan kita akhirnya berpindah mengikut ayah ke subang Jaya..Berakhirlah episod berjauhan dgn ayah..kita akhirnya dapat tinggal sebumbung semula..
Bermula lah kehidupan kita di kotaraya..walaupun menyewa rumah pangsapuri yg jauh lebih kecil dr rumah2 yg pernah kita tinggal sblum ini tapi, kita bahagia dan gembira..rumah kita sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang perhiasan atau perabot yg byk semuanya kerana ank2 ibu yg tgh lasak dn sll ingin mncuba mcm2 perkara..
bayangkanlah laptop ayah pun rosak dipijak abg Naim..Vcd pun trpaksa bertukar yg baru memandangkan abg naim selalu sgt tgk vcd dan pandai memasangnya sendiri..inikan pula kalau ada pasu bunga dan perhiasan2, rasanya mesti xtahan lama..Tak mengapalah ank2 ku, biarlah kita hidup serba sederhana asalkan kita semua bahagia...
Walaupun ibu hanya mengajar di sebelah petang, tapi hati ibu tetap sedih dan sayu tatkala meninggalkan azim dan abg Naim di bawah jagaan ibu Ati..pengasuh kalian..apakan daya, ibu kuatkan semangat meninggalkan kalian yg seringkali menangis tiap kali ditinggalkan..Alhamdulillah,lama kelamaan anak2 ibu seakan faham dan akur bahawa ibu perlu bekerja..